Sunday, 12 May 2013

Rahsia Terbongkar Cara Mudah Nak Niaga Secara Online

 



Salam, kalau anda ingin mengetahui rahsia buat DUIT secara online... dengan mempromosi Produk Anda Sendiri...
# Menjana income 5 angka dalam masa 4 bulan, 
# Menstabilkan Perniagaan anda dalam masa 1 Tahun,
# Brandingkan Syarikat @ Produk anda
# Hadir seminar kami secara PERCUMA, dan dapatkan Platform utk buat WEBSITE & SMS BLASTER secara PERCUMA....

## Menangi IPad Mini....SERTAI KAMI

__,_._,___

Kepala Lelaki Ni Tersangkut Dalam Tong Sampah Selama 15 Minit

 




Sebuah kejadian yang mencemaskan telah menimpa seorang lelaki gelandangan apabila kepalanya tersangkut pada tong sampah selama 15 minit..Nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Kejadian ini berlaku pada hari Ahad di kawasan umum Castlegate di Aberdeen, Scotland. Lelaki gelandangan ini terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba apabila kepalanya tersangkut pada tong sampah.

Lelaki malang itu tersangkut selama lebih kurang 15 minit sebelum kepalanya dapat dilepaskan dengan bantuan gergaji elektrik.

Seorang pejalan kaki yang lalu berhampiran Aberdeen's Justice Street terus meminta bantuan apabila berita mengenai lelaki malang itu tersebar di Twitter.

Jurucakap pihak bomba dan penyelamat Grampian berkata, lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Jurucakap pihak polis Grampian berkata,"Kami masih kurang pasti tentang apa yang dicari lelaki tersebut di dalam tong sampah itu dan sama ada barang yang dicari nya telah dijumpai semula."

"Kami juga mengesahkan bahawa tiada sebarang tuduhan jenayah berhubung kejadian tersebut."


p/s: Kesian lelaki ni..Dah la kepala tersangkut, jadi bahan gelak dalam Twitter pulak..

Binatang dari Neraka

 


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar 
seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah 
jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Seni Daripada Sisa Asahan Pensil

 





Seni biasanya sinonim dengan mereka yang mempunyai bakat dalam menggunakan apa jua kaedah dan bahan bagi menghasilkan sesuatu karya yang menarik..Bagi Marta Altes, sisa asahan pensil menjadi pilihan dalam menghasilkan karya seni nya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


p/s: Siapa sangka bahan-bahan terbuang macam ni boleh jadi benda seni

Thursday, 9 May 2013

Lawak Pecah Perut_Lawak Sangat

 



Banduan Newbie

Seorang banduan baru sahaja dimasukkan ke penjara dan memasuki selnya. Seperti biasa, banduan lama (otai) akan menemuduga banduan baru (newbie).

"HoI! Kenapa lu dimasukkan ke penjara?" tanya banduan otai.

"Saya cuma memecahkan tingkap di tempat kerja saya."

"Hah! Cuma pecahkan tingkap saja kena masuk sini? Lu kerja kat mana ?"

"Kapal selam."

Pelupa
Ajoi memang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya dia berkongsi masalah dengan Wak Sumardi.

"Kau dah cuba apa-apa?" tanya Wak Sumardi.

"Aku sudah beli buku mengenai Program Kilat Meningkatkan Daya Ingatan yang disusun oleh seorang profesor terkenal."

"Hasilnya?" tanya Wak Sumardi.

"Sama saja."

"Teorinya gagal?"

"Bukan begitu. Aku lupa di mana aku letakkan buku tu."

Chewing Gum
Ajoi duduk berhadapan dengan seorang mak cik dalam komuter. AJoi tengah syok mengunyah chewing gum sambil berangan aweknya.

"Tak guna kamu bercakap pada mak cik, nak," kata mak cik tersebut, "aku pekak," sambungnya.

Langgar Lampu Merah
Ajoi kena tahan polis kerana melanggar lampu merah.

"Awak nampak lampu merah?" tanya polis.

"Nampak tuan," tanya Ajoi.

"Kenapa kamu tak berhenti?"

"Saya tak nampak tuan, tuan. Kalau nampak confirm saya berhenti."

Lawak Pencungkil Gigi
Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.

Satu hari dia bising-bising.

"Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis."

"Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan," kata Tookoo.

"Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan," kata Wak Sumardi.

"Kalau sebatang takper la, ni sampai licin," kata Ajoi.

"Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi kau. Tak tau dia buat apa," kata Wak Sumardi.

"Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku, lepas makan aku guna sebatang jer. Lepas tu aku letak balik dalam bekas tu."

"Uwekkkkkk!"

Negro Sejati
Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam diisytiharkan manusia yang paling hebat. Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah negro sejati. Ada 3 orang anak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapanya.

"Bapak gua semalam sedang mengupas epal, tiba-tiba tangannya terluka, DARAH dia HITAM korang tau," kata anak pertama.

"Papa aku semalam sedang betulkan antena Astro, tiba-tiba terjatuh sampai patah tulang, TULANG dia warna HITAM," kata anak kedua.

Anak yang ketiga, tidak mahu kalah lalu berkata, "Hmm! Itu belum seberapa, malam tadi waktu kami sedang menonton TV, tiba-tiba daddy aku terkentut, tiba tiba seluruh rumah jadi GELAP."

Salah Kaler
Sebelum pergi lunch, Ajoi yang nak membodek boss dia, Mr. Brown tanya-tanya mana tau boss dia nak kirim apa-apa.

Ajoi : Hello, boleh cakap dengan Mr. Brown.

Pengangkat telefon : Maaf, di sini Mr. Black.

Ajoi : Oops! Sorry, wrong color.

Mamak Cendol
Selepas itu Ajoi keluar ofis untuk lunch . Lepas makan waktu tengahari yang panas terik, Ajoi teringin pulak nak makan cendol mamak tepi jalan. Dia tengok mamak tu jual mangkuk yang besar sedangkan perut dia kenyang baru makan nasi.

"Mamak cendol semangkuk berapa?" tanya Ajoi.

"RM2.50," jawab mamak pendek.

"Kalau separuh berapa?"

"Mana boleh jual separuh."

"Ello mamak, pembeli tu kan raja," kata Ajoi berfalsafah.

"Ello bai. Raja mana beli cendol tepi jalan camni."

Payung
Balik petang tu, ada jiran baru pindah sebelah rumahnya. Ajoi berbual dengan anak jirannya yang baru pindah tu.

"Dik umur berapa tahun?"

"6 tahun."

"Hah! Dah 6 tahun? Tapi pendek la. Tinggi lagi payung pak cik."

"Umur payung pak cik berapa tahun?"

Kahwin Lain
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak depan TV sambil borak-borak ngan wife dia.

"Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?" tanya Ajoi.

"Tentu saja tidak. Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?"

"Tentu sekali tidak, sama juga macam ayang. Abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang."

Teka Berapa Ekor Lembu
Ajoi seorang penternak jaya yang membela beribu ekor lembu. Ladangnya sangat luas tetapi berada di kawasan terpencil. Tiba-tiba sebuah BMW baru meluncur ke arahnya.

Pemandu, seorang pemuda yang berpakaian tuxedo, kasut Gucci, kacamata hitam Ray Ban dan bertali leher YSL, menjenguk kepalanya dari tingkap kereta dan bertanya Ajoi, "jika saya mengatakan dengan tepat berapa banyak lembu yang ada dalam kawanan anda, mahukah anda memberi saya seekor?"

Ajoi selamba sahaja memandang lelaki itu, lalu melihat ribuan lembunya dan dengan tenang menjawab, "Okey."

Pemuda itu parking keretanya, mengeluarkan IBM ThinkPad yang menyambung ke telefon, kemudian dia melayar ke website NASA dan menggunakan sistem satelit, zoom in daerah tersebut, dan kemudian membuka database dan Excel spreadsheet dengan formula kompleks. Dia menghantar e-mel melalui Blackberry dan selepas beberapa minit, mendapatkan tekaan. Akhirnya, dia print laporan 130 helai pada printer mininya kemudian berkata kepada Ajoi, "anda mempunyai tepat 2586 lembu."

"Humm! Tepat sekali. Ambilah salah seekor lembu," kata Ajoi.

Pemuda itu memilih seekor lembu yang agak kecil dan memasukkan ke dalam but keretanya.

Kemudian Ajoi berkata, "Jika saya boleh mengatakan dengan tepat apa pekerjaan anda, adakah anda akan memberikan lembu saya balik?"

"Okey, mengapa tidak," jawab pemuda yang smart gila itu.

"Nampaknya, anda adalah jururunding (consultant)," kata Ajoi.

"Itu betul," kata pemuda itu, "tapi bagaimana anda tahu?"

"Tidak perlu meneka," jawab Ajoi. "Anda muncul di sini walaupun tidak ada yang memanggil anda. Anda ingin dibayar untuk jawapan yang sudah saya ketahui, dan anda ingin dibayar untuk sebuah pertanyaan yang tidak pernah saya tanyakan. Dan anda tidak tahu apa-apa tentang perniagaan saya. Sekarang bagi balik lembu saya."

Beli Satu Dapat Dua
Seorang peniaga menjerit di sebuah pasar malam, "Percuma! Percuma!"

"Beli satu dapat dua." "Beli satu dapat dua."

"Mmm! Macam best nih, Apa barangnya bro?"

"Kasut."

Tentera Laut
Ajoi yang tidak lulus ujian untuk menjadi tentera laut, kerana kecergasannya tidak mencapai tahap yang diperlukan. Dia tidak puas hati dan bertanya kepada pegawai tersebut.

"Kenapa ujian kecergasan saya tidak lulus sedangkan saya berlari 100M dalam masa 10 saat saja?" Ajoi bertanya.

"Ya, tetapi kamu tidak lulus ujian renang kerana kamu tidak pandai berenang," terang pegawai itu.

"Penting sangatkah pandai berenang?" tanya Ajoi telus.

"Memanglah inikan ujian tentera laut," tegas pegawai tersebut.

"Ini memang tak adil. Kawan saya dapat kerja tentera udara sedangkan dia tak pandai terbang."

Hukum Memakai Tangkal

 





Menggantungkan tangkal di badan untuk dijadikan sebagai penghadang daripada gangguan makhluk halus atau untuk menyembuhkan diri daripada sesuatu penyakit boleh dibahagikan kepada dua bahagian ;

Pertama, menggunakan tangkal yang mempunyai bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, para ulama tidak ada khilaf untuk mengharamkannya, kerana ia boleh menjerumuskan seseorang itu kelembah syirik.

Sabda Rasulullah saw,

من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله له

Maksudnya : " Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya". (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Kedua, adapun menggantungkan tangkal yang bahannya adalah ayat-ayat Al-Quran, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Satu golongan mengatakan hukumnya adalah haram dan satu lagi golongan menyatakan harus.

Antara golongan ulama yang menyatakan haram ialah Ibnu Abbas, Huzaifah, Abdullah bin Mas'ud, sebahagian ulama Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Mereka berpandukan kepada maksud umum hadis di atas tadi, yang menyebut dengan jelas bahawa Nabi saw melarang umatnya menggunakan tangkal. Tidak kiralah sama ada bahan yang digunakannya itu daripada Al-Quran atau bukan daripada Al-Quran.

Hujah mereka, menggantungkan tangkal pada badan, boleh menyebabkan diri seseorang hilang penggantungan (tawakal) kepada Allah SWT. Sedangkan tawakal yang sebenar seseorang hamba hanyalah kepada Allah SWT sahaja, tidak boleh lain daripada itu.

Perbuatan menggantung tangkal yang terdapat ayat-ayat Al-Quran juga boleh membawa kepada penghinaan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Apatah lagi jika ia di bawa masuk ke dalam tandas atau sipemakainya terlibat dengan pekerjaan yang bercanggah dengan syariat seperti pekerjaan maksiat dan sebagainya.

Manakala golongan ulama yang berpendapat hukum memakai tangkal yang bahannya adalah daripada ayat-ayat Al-Quran itu adalah harus, didokong oleh Abdullah bin 'Amru bin Al-'As, Abu Jaafar al Baqir dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Hujah mereka, sahabat Rasulullah saw pernah berbuat demikian untuk anak-anak mereka yang belum menghafaz Al-Quran.

Menurut Prof Dato' Dr. Haron Din, walaupun terdapat perbezaan pandangan ulama tentang hal ini, akan tetapi perubahan zaman boleh membawa kepada perubahan hukum. Jika dirujuk kepada zaman sekarang, akidah umat Islam sedang terancam, umat Islam tidak begitu kuat bergantung kepada Allah, iman mereka begitu rapuh, mereka tidak lagi memperdulikan halal dan haram, apa yang mereka mahu ialah kenikmatan hidup yang sementara di dunia, tanpa memperdulikan untung nasib di akhirat.

Ditambah pula dengan suburnya gejala maksiat, syirik dan kufur kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, jika penggantungan ummah kepada tangkal, tidak dibendung atau dicegah dengan sejelas-jelasnya ia akan mendorong masyarakat terjerumus kepada kerosakkan akidah.

Kesimpulannya, pendapat yang sahih, keharusan memakai tangkal yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebenarnya adalah di awal permulaan Islam. Apabila keimanan para sahabat sudah kuat tertanam dalam diri, maka Rasulullah saw melarang sama sekali memakai tangkal walaupun menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Hikmahnya ialah untuk mencegah daripada keburukkan yang lebih besar, memelihara kesucian Al-Quran dan seterusnya untuk membulatkan keyakinan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mampu melindungi manusia daripada segala-galanya.

5 Rahsia Tentang Albert Einstein.

 




1.Einstein pernah ditawar menjadi PM Israel yang ke-2
Pada 2 November 1952,selepas kematian presiden Israel yang pertama iaitu Chaim Weizman,Einstein telah ditawarkan jawatan sebagai presiden Israel yang seterusnya oleh kerajaan Israel tetapi dia menolaknya.Einstein menolaknya dengan alasan dia sudah tua untuk jawatan ini dan tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk jawatan itu.Einstein merupakan yahudi dan amat disanjung di kalangan kaum yahudi.


2.Einstein tidak pernah memakai stokin
Einstein tidak pernah memakai stokin sepanjang hidupnya kerana baginya stokin merupakan kesakitan dan kerana stokin selalu berlubang.Dia juga berpendapat,kenapa perlu memakai stokin dan kasut sedangkan salah satu daripadanya sudah memadai?


3.Einstein dan peti sejuk rekaannya
Ramai yang hanya menyangka Einstein hanyalah seorang ahli sains yang berasaskan teori semata-mata tetapi kurang yang mengetahui bahawa dia mempunyai pengetahuan yang amat baik dalam sains secara praktikalnya.Albert Einstein mencipta peti sejuk ini setelah menghasilkan Teori Relativitinya,tetapi malangnya ciptaan ini tidak dikeluarkan kerana teknologi baru membuatkannya usang.


4.Einstein mempunyai anak luar nikah
Menurut kajian,Einstein mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya Mileva Maric pada lewat 1890.Sebelum perkahwinannya Mileva Maric mendapati dia mengandung dan mereka membuat keputusan menyembunyikan anak luar nikah mereka itu.Nasib sebenar anak perempuan pasangan ini tidak diketahui,ada yang berpendapat bahawa anaknya mati selepas mengalami demam berdarah dan ada yang menyatakan bahawa anaknya pulih dan membesar sebagai anak angkat.


5.Einstein pernah gagal dalam peperiksaan
Adalah perkara biasa bagi masyarakat apabila pelajar tidak pintar gagal dalam ujian atau peperiksaan, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Genius Abad ke-20 ini pernah gagal dalam peperiksaan semasa awal persekolahannya kerana bahagian bahasa dan budaya.Namun,Einstein menjadi saintis yang hebat yang membuktikan bahawa kegagalan tidak semestinya mencorak hidup kita.Inilah yang harus dicontohi oleh kita,bangun daripada kegagalan untuk menjadi orang berjaya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

anak ketam Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger