Bukan Sekadar Hiburan Semata-Mata

Bentuk Darah Ketika Sedang Berdoa, Sedih, Jatuh Cinta dan Takut

 
Sebuah kajian dilakukan oleh pakar EFT untuk menunjukkan bagaimana keadaan darah manusia disaat normal, sedih, gembira, jatuh cinta dan saat berdoa. EFT bermaksud "Emotional Freedom Techniques (EFT) adalah versi akupuntur tanpa jarum berdasarkan suatu penemuan bahawa adanya hubungan antara aliran tenaga dalam tubuh dan emosi dengan masalah kesihatan . Pakar EFT telah mengambil sampel darah seorang pesakit kemudian memotretnya dengan menggunakan "darkfield microscope" yang dihubungkan dengan monitor komputer. Dan akan kelihatan perubahan drastik pada darah pesakit tersebut setiap kali emosinya berubah. Berikut ini adalah foto darah seseorang sebelum dan sesudah melakukan EFT.

Sebelum melakukan EFT
( sel darah merah menggumpal disebabkan oleh Lectin yang didapati dari alergi ayam & alpukat )


Setelah melakukan EFT
( sel darah merah menjadi normal kembali )

Kemudian pesakit melakukan EFT lagi dan menukar emosi "sedih" dengan cara memikirkan ketika sedih sehingga dia menangis, kemudian pakar EFT ( Dr. Felicy) mengambil sampel darahnya lagi.

Keadaan darah ketika sedih ( sel darah begerak cepat dan berbentuk air mata )

Kemudian pesakit  menggunakan EFT untuk mengundang perasaan "cinta" untuk memasuki tubuh dan darahnya. Dan seketika darahnya kembali normal, dan sel-sel darah bergerak dengan indah dan timbul sinaran yang berkilauan dalam cairan darah.

Keadaan darah ketika perasaan cinta : ( sel darah bergerak perlahan dan berkumpul )

Satu kenyataan menarik pada sampel darah ketika "sedih" terjadi perubahan seperti pada sampel darah ketika "merasakan cinta". Jadi walaupun darah itu sudah meninggalkan tubuh pesakit ia tetap masih berhubungan dengan pemiliknya.

Kemudian seorang pesakit perasaan rasa takut dan memikirkan kejadian menakutkan yang pernah ia alami. Dan sel-sel dalam darahnya bergerak tidak tentu arah dengan sangat cepat (ditunjukkan pada gambar dibawah dimana terlihat sel-sel darah saling berjatuhan). Mungkin ini adalah akibat dari penghasilan adrenalin sebagai reaksi normal atas rasa takut.
Keadaan darah ketika merasa takut

Kemudian pesakit mencuba untuk memikirkan "sifat Ketuhanan". Dalam keyakinan agamanya ia disebut "divine mother", sifat penyayang, penyantun dan pemelihara ( dalam islam disebut sifat "Jamaliah" Allah). Dan memohon kepada-Nya untuk menyalurkan tenaga feminine itu kedalam tubuh dan darahnya. Semasa berdoa , pesakit merasakan gelombang tenaga yang begitu besar menyelimuti dirinya, sampai menangis bahagia kerana Nya.

Semasa sampel darah pesakit diambil setelah berdoa dan merasakan kekuatan agama, kemudian dilihatkan dibawah mikroskop yang dihubungkan dengan komputer, semua yang hadir dilaboratorium itu terdiam seketika dan terpaku melihat keadaan darah yang sama sekali berbeza dengan yang lain, cairan darahnya sangat cerah, gerakan sel darah sangat tenang seakan bergerak dengan penuh kedamaian, muncul banyak sinaran yang berkilauan. Di dalam sel darah terdapat sinaran yang bercahaya dan berdenyut seperti denyutan kecil jantung.

keadaan darah semasa "berdoa"
(timbul sinaran putih berkilauan dan darah bergerak perlahan dan sangat teratur)
Tag : Menarik
Back To Top