Petua Untuk Melemahkan Hantu Raya


1. Ambil lada kering, garam dan arang.  Setiap batang lada dipecah menjadi 3 bahagian dengan bacaan Al-Fatihah masing-masing dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil).  Baca ayat Kursi sebanyak 33 kali dan tiup di atas air.  Taburkan air ini pada garam dan arang sebentar tadi.


2. Kemudian, gunakan arang ini untuk menyalakan api di atas dupa.  Masukkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit hingga habis.  Waktu yang sesuai dari jam 6.00 petang.  Hantu itu akan melarikan diri atau menyebabkan dia terluka oleh asap lada ini.  Biasanya dia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat menyembuhkannya.


3. Ayat Kursi adalah pantang jin.  Lada dan garam adalah musuhnya.  Sebaiknya gunakan kaedah ini jika anda memasuki rumah yang belum dihuni atau diganggu oleh hantu atau anda mengalami kesakitan yang tidak mempunyai sebab.  Asap badan yang sakit atau bahagian dengan asap lada ini.