Thursday, 30 August 2012

Cara Mengira Zakat Emas Perhiasan

 

Perhiasan barang kemas dan wanita tidak boleh dipisahkan. Walau miskin manapun wanita itu, sekurang-kurangnya ada juga gelang sebesar janggut udang dilengannya. Emas juga mewakili kekayaan yang dimiliki oleh seseorang. 


Di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung khususnya negeri Kelantan, wanitanya dilihat seolah-olah seperti kedai emas bergerak, gelang sampai ke siku. Di Utara Semenanjung, wanita Pulau Pinang iaitu golongan India Muslim ( Mamak ) pula amat taksub dengan barang emas. Lip lap lip lap kata depa.

Namun begitu, jangan dilupa untuk membayar zakat emas. Saya ingin mengongsi sedikit maklumat berkenaan pengiraan zakat emas yang saya perolehi daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Emas yang dipakai adalah dikenakan zakat sekiranya ia melebihi had kebiasaan perhiasan. Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85 gram. Sekiranya kita memilki dan memakai 170 gram atau lebih emas perhiasan, kita wajib membayar zakat.

Contoh pengiraannya adalah seperti di bawah.

Memiliki emas perhiasan                                                 =           170 gram

Had perhiasan perhiasan ( yang dikecualikan zakat)           =            85 gram

Baki yang dikenakan zakat                                               =            85 gram

Harga emas                                                                    =            85 gram X  RM 172.11
                                                                                      =            RM 14, 630.00

Zakat yang wajib dibayar                                                =            RM 14,630.00 X 2.5%
                                                                                      =            RM 365.75



Harga emas yang dinyatakan di atas adalah harga bagi Disember 2011. Untuk mendapatkan harga emas terkini, sila klik di sini.

Gambar Hantu Kanak-Kanak Di Kuburan Tanpa Sengaja Dirakam

 

Kejadian gambar hantu kanak-kanak yang telah dirakam di perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia telah menggemparkan penduduk. Gambar tersebut telah diambil oleh Renee English dan dia yakin tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.


Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon. Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu. Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut. Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.__,_._,___

Super Pervert: Festival Simbah Air Bertukar Ganas di China

 



Ape pun tak boleh di China ni. Festival simbah air bertukar menjadi ganas apabila beratus-ratus lelaki telah mengerumuni gadis-gadis yang memegang belon berisi air untuk dilemparkan sempena sambutan festival bertujuan untuk membogelkan mereka. Dilihat seorang mangsa telah di separuh bogelkan oleh beratus-ratus lelaki cina yang pervert sebelum pihak berkuasa tiba. Lagi gambar selepas ini.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

Basuh Dulu Baru Minum

 


Peringatan penting : Basuh dulu tin minuman sebelum minum tanpa straw. [ Cerita nie ada betulnya, mmg ada laporan sebelum nie, tentang jangkitan kuman/penyakit akibat najis lipas/tikus pada tin minuman.. ]

Nak senang, sentiasa prepare air paip satu botol kecil, walau kemana kita nak gi.. boleh buat basuh tin minuman, atau bekal utk wuduk.. :')


INFO PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.

akanan Berumur 2000 Tahun Ditemukan di Pantai Italia

 


Amphorae, kendi zaman Roma berisi makanan yang sudah berusia 2000 tahun ditemukan di laut Italia. Kendi ini merupakan barang dagangan yang akan di jual ke Spanyol. Dimuat dalam sebuah kapal yang tenggelam di laut.



Kapal dagang ini tenggelam 2000 tahun yang lalu pada saat melakukan perjalanan perdagangan antara Spanyol dan Italia pusat dengan muatan penuh lebih dari 200 kendi.

Kapal Romawi dengan kondisi hampir utuh ini ditemukan di laut lepas kota di Varazze, sekitar 18 mil dari kota Genova, Italia. Sebuah mesin remote control mengikuti jejak penemuan ini setelah mendapat khabar dan dari nelayan setempat yang jaringnya tidak sengaja tersangkut di salah satu kendi.

Pengujian pada beberapa kendi yang sudah dibersihkan yang ternyata didalamnya berisi ikan yang sudah difermentasi, gandum, anggur dan minyak.

"Ada beberapa guci rusak sekitar bangkai kapal, namun kami percaya bahwa sebagian besar kendi di dalam kapal masih disegel dengan makanan penuh," kata Letnan Kolonel Francesco Schilardi, yang memimpin Subacquei Carabinieri.

Penemuan ini merupakan berita baik bagi para peneliti untuk mempelajari lebih jelas gaya hidup bangsa Roma. Seperti dilansir Dailymail bentuk kapal ini adalah sebuah bangkai kapal terbaik yang pernah ditemukan. Kapal ini tenggelam di kedalaman 2000 kaki di bawah laut dan akhirnya dibawa naik oleh pihak berwajib di Italia.

Wednesday, 29 August 2012

Izara Aishah Cerewet ?

 

Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni lakonan tanah air. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri TV3 Vanila Coklat yang pernah ditayangkan untuk slot Lestary pada Disember tahun lalu.

Selesai sahaja berlakon dalam drama bersiri Vanila Coklat, nama Izara Aishah terus meningkat naik dan kemunculannya mula mendapat perhatian semua pihak. Selain berlakon, Izara turut dipilih menjadi duta untuk produk terkenal Cosry Purple Label, dan yang terbaru duta makanan segera, Burger King.

Izara memaklumkan kepada pihak Sinar Harian bahawa beliau merupakan seorang yang cerewat dalam bab untuk menerima tawaran sebagai duta, dan beliau hanya memilih produk tertentu sahaja.

"Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya. Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk," ujar Izara Aishah.

Izara turut mengaku, dengan penglibatan beliau sebagai duta untuk sesuatu produk, secara tidak langsung ia dapat mendekatkan dirinya kepada peminat-peminat.
__,_._,___

Trend Gila Di Jepun,Ibu Hamil Ambil Gambar Tanpa Seurat Benang

 


Entah apa yang terjadi pada dunia ini. Semakin tua usia dunia semakin aneh-aneh perangai penghuninya. Di Negara Jepun ketika ini sedang trend dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya dalam keadaan telanjang. Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat studio photo untuk pengambilan gambar porno, melainkan untuk mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum melahirkan.Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.

Trend ini dimulai ketika penyanyi pop kenamaan Jepun "Hitomi" yang melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa mengenakan pakaian. Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki. Gambar album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam satu minggu laku 10,000 keping album cdnya.

Kumiko Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang. Ini semua ajakan kawannya yang juga pernah ibuat ganbar telanjang ini.

Dia pada mulanya ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin mengabadikan momen tubuhnya ketika masih hamil, dia ikut serta untuk pemotretan.Pada mulanya dia hanya ingin di foto bahagian perutnya saja, tapi kerana diyakinkan oleh studio photo "Ixchel" dia pun menerima untuk di photo tanpa pakaian.

Ixchel adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani pemotretan ibu hamil. Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu bulan dia  menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan pernah sampai 70 ibu hamil. Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau $368.2, untuk pemotretan yang dilakukan kurang daripada 2 jam.

Fesyen Yang Memalukan Diri Sendiri

 

Dah fesyen ape kebenda nih?… pakai legging, pastu nampak seluar dalam… O_o



__,_._,___

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

 



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
__,_._,___

Tuesday, 28 August 2012

Jamu Rapat.....BERSIH DULU...BARU RAPAT!!!

 

alt


RAPAT? PADAT? MANTAP? BERTENAGA? Semua wanita inginkan "akak" mereka begitu.. 

Ada umphh katanya...

Nak jadi anak dara balik...kalau boleh nak rapat sampai lidi nak masuk pun susah...

Sebab apa susah2 mencari jamu rapat ni...???
  • Sebab wanita kita dah kendur masa melahirkan anak...nak2 time berpantang dok ber aircon...takpun berkipas 24 jam.
  • Sebab masa pantang balun makan benda angin dan minum air sampai satu tempayan hari2...orang2 tua tegur...buat derk jer...
  • Sebab xsempat habis 44 hari dah terkelambu dengan laki sendiri....tak sempat rahim nak sembuh, urat peranakan nak betul...jadinya tersentil balik

Dan sang suami juga boleh menjadi penyebab utama... 
  • Sebab laki yang dulu pendiam...dah pandai komplen...tak sedap lah....tak rasa lah...ewah....!!! Pok kang.....
  • Sebab laki yang dok bising macam koboi (yiehaaa... style) time bersama....tiba2 diam sepanjang game...muka lak rilek jer...(sebab tak rasa apa2)
Lelaki tetap lelaki...pompuan ni yang kena jaga lebih...hmmm...

Ok Ice faham keinginan semua wanita untuk tampil mantap dan anggun dimata suami.

Tetapi haruskah rapat wanita sahaja dititikberatkan?
Bagaimana kesihatan wanita kita sendiri?

Sila bayangkan senario ini....

Masukkan perut ikan yang baru disiang ke dalam sebuah plastik bag. Ikat plastik bag tu ketat2.Pastu dalam keadaan kita yang busy...lupa lah pulak nak buang plastik tu time balik kampung dihujung minggu. Bila kita balik selepas 2 hari, tengok2 plastik bag tu dah mengalirkan cecair yang busuk....Ulat putih pun dah start keluar dari perut ikan...

So fenomena yang sama terjadi pada rahim yang nak rapat...tanpa dibersihkan terdahulu....

Perut ikan dan darah ikan tu kita umpamakan seperti darah haid dan darah nifas kita.
Plastik bag tu ibaratkan rahim kita Perbuatan ikat ketat2 tu ibaratkan yang kita duk pulun jamu rapat tiap2 hari...

Apa kan terjadi selepas beberapa ketika?

Air busuk akan keluar dari kewanitaan kita. Bila perlu aksi suami di sekitar wanita kita, bau hanyir akan terbit...Lepas tu, tiba2 keputihan yang berketul2 dan berbau masam akan start keluar...

Mengapa fenomena ini terjadi?

Sebab....korang nak rapat...tapi rahim korang kotor... 

Lebihan-lebihan darah haid dan nifas korang tak bersihkan betul2, terus bg pintu tu rapat...

Lama2 darah kotor yang tertinggal tu lah yang akan meracun balik rahim dan sistem kewanitaan korang. Dan jangan pandang enteng perkara ini.

Jika dibiarkan dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan kanser pangkal rahim. 

alt

So, ice pinta dan minta cik kak2 di luar sana tolonglah bersihkan dulu rahim...

Kalau yang tanya Ice macam mana nak bersihkan rahim sebelum nak RAPAT...

Ice jawab dengan pengalaman Ice makan NR la ye (sebab ni je yang Ice terrer...) 

Ice akan ambil set asas (PCP/PC/serbuk) dan makan 2 minggu berturut2. Dengan set ini, ia akan membuatkan Ice buang air tiap2 hari.
  1. Ice akan ambil set asas (PCP/PC/serbuk) dan makan 2 minggu berturut2. Dengan set ini, ia akan membuatkan Ice buang air tiap2 hari.
    So sistem badan kita macam ni....
    Kita makan macam-macam, hari-hari...
    So kita kena membuang pun hari-hari...
    Bila dah buang hampas makanan hari-hari (zat makanan semua badan dah serap kay)....
    Darah pun bersih hari-hari...
    Bila darah dah bersih hari-hari...
    Organ kita pun bersih hari-hari...
    Termasuklah rahim kita....
    Dan jangan terkejut ye...sesiapa yang start makan NR, darah nifas dan darah haid dia xkan bau bangkai/hanyir...tapi bau besi (zat besi). Itu nak tau tahap sihat darah kotor kita...
    Haaa..... Senang tak nak faham....
  2. Bila dah 2 minggu Ice cuci darah, cuci rahim dengan Set Asas NR... Ice start la makan PHYTOX yang tinggi kandungan kunyitnya itu.
    Korang pun tahu kan kunyit ni membantu mengecutkan segala bengkak dan luka.
    Ice makan PHYTOX ni 1 kali seminggu bila Ice Bf dulu...sebab aktiviti BF tu sendiri dah membantu mengecutkan rahim...
    Bila Ice stop BF baby Ice...Ice makan 3 kali seminggu dan STOP time PREGNANT and PERIOD.
  3. And untuk luaran...Ice amalkan mencuci dengan BARRA GEL setiap kali buang air or period. Pastu Seminggu sekali Ice berendam dan bertangas dengan UNCANG CUCI HERBANIKA.... sambil membuat senaman kemutan.
So dalam keadaan rahim yang sihat dan terjaga rapi ni, Insyallah Ice x mengalami masalah bau mulut bawah yang berbau, bau darah nifas dan darah haid yang hanyir dan yang penting, memang terasa kemampatannya bila beraktiviti riadah bersama suami.
So renung-renungkan....

BERSIH DULU. BARU RAPAT!!!!

Fouziah Gous Dertudung Tapi Menonjolkan Aset Tubuhnya

Itu lebih baik dari tak pakai tudung. sekurang2nya dia nak berubah dan patut bagi sokongan dan galakkan bukan kutukkan. orang baru nak belajar tutup aurat dan dia bukan berstatus ustazah. bermula dari kosong.


 

Tip Termudah Asingkan Telur Kuning dan Putih

Senang je nak asing telur kuning, boleh la buat lepas ni...


video 

Saturday, 25 August 2012

Cara Bangladesh Balik Raya

 


Kita bertuah kerana ada kenderaan sendiri untuk balik kampung dan tak berebut-rebut macam mereka.



fuh.. meriah habis..





Thursday, 23 August 2012

Anzalna Kali Pertama ‘Keluar’ Duit Raya

Kali pertama beraya sebagai seorang artis, Anzalna Nasir teruja menyambut Aidilfitri tahun ini kerana dia bakal memberi duit raya kepada keluarga dan sanak saudaranya.

Menurut Anzalna yang akan beraya di kampung ayahnya yang terletak di Muar, Johor, bajet duit raya yang telah disediakan adalah sekadar mengikut kemampuannya.

“Apa yang penting keikhlasan seseorang itu untuk memberi duit raya walaupun jumlahnya tidak banyak. Selain duit raya, segala persiapan bagi menyambut Aidilfitri kali ini saya lakukan secara sederhana,” ujar anak kedua daripada lima orang adik beradik ini.

Menyentuh tentang memori raya yang masih segar dalam ingatannya, Anzalna mengatakan dirinya amat merindui zaman kanak-kanaknya yang meriah dengan kutipan duit raya.

“Duit raya yang paling banyak pernah saya kutip adalah sebanyak RM500 ketika saya berumur 12 tahun. Itu adalah antara peristiwa manis yang saya masih ingat hingga hari ini.

“Tetapi sekarang masa telah berubah. Tahun ini giliran saya pula beri duit raya kepada anak-anak saudara yang lain,” katanya sambil tersenyum.

Profil

Nama : Nur Anzalna Md Nasir
Tarikh Lahir : 9 Januari 1988
Umur : 24 tahun






sumber : http://www.suarapeople.com

Gambar Raya Aaron Aziz ( pakai rantai? ) bersama Isteri


Gambar Raya Aaron Aziz ( pakai rantai? ) bersama Isteri











sumber: http://izyan.com/2012/08/gambar-raya...keluarga.html#
__________________

Kereta Aaron Aziz & Zizan

Kereta Aaron Aziz & Zizan 







Wednesday, 15 August 2012

10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa




SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

·         1. Memberi bantuan keewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

·         2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

·         3. Memberi kasih sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

·         5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah.       

6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

·         7. Bercakap dengan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

·         8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

·         9. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

·         10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Pengail Amatur Tangkap Ikan Keli 55 Kilogram


KRISTIN memerlukan masa sejam untuk menewaskan ikan keli sepanjang dua meter ini.
LONDON: Seorang wanita menyebabkan teman lelakinya berasa kagum dan tercabar selepas berjaya menangkap ikan keli gergasi yang lebih berat daripada dirinya, semalam.
Kristin Hole, 20, memancing bersama Lee Pollard di Oakwood Park di Thetfofd, Nofolk apabila umpannya dibaham ikan keli seberat hampir 55 kilogram.
Mengakui baru berjinak-jinak dengan aktiviti memancing sejak beberapa tahun lalu, Kristin berkata, pengalamannya jauh lebih rendah berbanding Pollard yang memang pakar dalam kegiatan itu.
Ikan keli dipancing Kristin memadamkan rekod ikan air tawar paling besar pernah ditangkap di Britain sebelum ini – seberat 31.7 kilogram.
Ikan itu juga mengatasi pencapaian Pollard yang hanya mendapat ikan seberat 18 kilogram dalam kembara mereka selama tiga hari di situ.
Menceritakan pengalamannya sejam bertarung dengan ikan sepanjang 2.1 meter itu, Kristin berkata, ia seperti "menarik sebuah bas." Kristin melepaskan semula ikan berkenaan ke tasik sejurus selepas merakamkan gambar bersamanya. – DM

Tuesday, 14 August 2012

Petua Menghilangkan Bau Durian



Durian memang beshhh!!!!
Bau rokok dan durian memang sukar untuk dihilangkan, khususnya di kawasan yang bertutup seperti dalam bilik dan but kereta. Ada kalanya, bau durian di dalam but kereta boleh tertinggal sehingga berminggu-minggu walaupun duriannya sudah tiada. Ada beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan ini.
  • Kaedah Pertama
Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.
  • Kaedah Kedua
Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Serbuk penaik akan menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet, anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda. Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian, anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta, sofa, tilam dan lain-lain.
  • Kaedah Ketiga
Letakkan beberapa keping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Biarkan roti itu disitu untuk 1 atau 2 hari. Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.


*Kaedah ini terbukti berkesan apabila saya mencubanya dengan meletakkan roti di dalam kereta saya yang baru di "spray" / cat semula. Saya menutup semua tingkap dan biarkan roti itu di dalam kereta selama 2 hari. Hasilnya, bau cat yang tidak sedap tersebut telah hilang sepenuhnya dari dalam kereta.
  • Kaedah Keempat
Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.
  • Kaedah Kelima
Jika bauan tidak enak melekat ditangan anda, dan ianya tidak hilang apabila di basuh, anda boleh membasuh tangan anda menggunakan jus limau / oren. Gosokkan tangan anda kedalam jus tersebut. Kemudian, basuh tangan anda menggunakan air dan sabun. Akhir sekali, lapkan tangan anda menggunakan kain pengelap yang telah di letakkan cuka….
  • Kaedah Keenam
Beli Febreze dan sembur jer la.  Ini pun memang berkesan juga.
Sekian, semoga ada manfaat.

Seni Jalanan yang Interaktif di Pulau Pinang

 
Ernest Zacharevic seorang artis jalanan Lithuana yang tinggal di George Town, yang terletak di wilayah Pulau Pinang, Malaysia. Menyertai Festival George Town yang berlangsung dari Jun 15 hingga 15 Julai, Ernest telah meletakkan karya seni jalanan luar biasa di seluruh bandar.

Karya paling Hot adalah karya seni yang menampilkan dua kanak-kanak yang dilukis di dinding. Beliau kemudian meletakkan basikal sebenar di dinding yang bukan hanya memberi impak tiga dimensi (segi fizikal boleh disentuh), tetapi menggalakkan orang ramai untuk berinteraksi dengan karya seni dan menggunakan kreativiti masing-masing untuk meletakkan koleksi peribadi mereka .

Hasilnya memang menakjubkan, Karya seni jalanan di Armenian Street telah menjana lebih seratus penghujahan kepada halaman Facebook Ernest. Anda boleh menyemak keseluruhan galerinya di Facebook.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

anak ketam Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger