Berapakah Saiz Purata Panjang dan Ukur Lilit Zakar?
















Bagi kebanyakan lelaki, saiz zakar merupakan ukuran kejantanan dan keupayaan seseorang untuk memuaskan wanita secara seksual. Oleh yang demikian, saiz zakar boleh memberi kesan yang besar ke atas maruah dan keyakinan diri mereka. Mempunyai saiz zakar yang lebih kecil daripada saiz purata boleh membawa perasaan bimbang dan takut dalam hubungan seks.

Beratus-ratus kajian dan penyelidikan telah dibuat untuk menentukan saiz purata zakar. Berikut ialah beberapa keputusan kajian yang telah dijalankan:

Kajian #1

Daripada: Institut Penyelidikan Seks Alfred C. Kinsey
Tahun: 1948
Sampel responden: 3500 pelajar kolej lelaki

Purata panjang zakar = 6.2 inci
Purata lilitan zakar = 4.9 inci

Komen: Maklumat yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan responden telah mengukur zakar mereka sendiri. Hanya pelajar lelaki kulit putih terlibat dalam kajian dan mereka semua ialah pelajar kolej. Ia tidak mewakili banyak bangsa atau peringkat umur.

Kajian #2

Daripada: Syarikat Kondom Durex
Tahun: 1980
Sampel responden: 2936 orang dari negara yang berbeza.

Purata panjang zakar = 6.4 inci
Purata lilitan zakar = 5.2 inci

Komen: Responden diminta untuk mengukur zakar mereka sendiri dan kemudian melaporkan keputusan mereka secara online. Sebahagian besar responden adalah dari Amerika Syarikat dan majoriti mereka berkulit putih.

Kajian #3

Daripada: NGO bebas.
Tahun: 2001
Sampel responden: 301 sukarelawan berusia lebih 18 tahun.

Purata panjang zakar = 5.9 inci
Purata lilitan zakar = 5.0 inci

Komen: Setiap zakar sukarelawan diukur oleh penyelidik.

Kajian #4
Daripada: Pakar Urologi Brazil
Sampel responden: 150 lelaki Brazil

Purata panjang zakar = 5.7 inci
Purata lilitan zakar = 4.7 inci

Komen: Setiap zakar sukarelawan diukur oleh penyelidik.

Kesimpulan penting yang didapati ialah sukarelawan yang mengambil saiz zakar sendiri sebenarnya melebih-lebihkan saiz zakar mereka.

Berdasarkan keputusan di atas, purata panjang zakar ketika tegang ialah diantara 5.7 dan 6.4 inci. Manakala ukur lillit ketika tegang ialah diantara 4.7 dan 5.2 inci.

(Nota: 1 inci=2.54 cm, 0.25 inci = 0.635 cm)

Postingan terkait: