Nombor Plat Kenderaan



 
Kod Kawasan Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Perseketuan Tanah Malayu) antara tahun 1957 dan 1967.

Adakah anda tahu bahawa negeri Perak mendapat prefix A kerana dipercayai residen pertama British yang menggunakan kenderaan bermotor diikuti dengan Selangor (B), Pahang (C) dan seterusnnya. Negeri lain seperti Pulau Pinang menggunakan awalan P kerana menggunakan awalan ejaan negeri masing-masing. Memandangkan Malaysia mempunyai 14 buah negeri dan wilayah persekutuan, huruf awalan digunakan bagi membezakan setiap negeri, wilayah dan kawasan dalam sesebuah negeri.

Rekod plat Kereta termahal di Malaysia
Nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000.. Harga bidaan itu mengatasi harga untuk nombor plat tertinggi sebelum ini iaitu TAN 1 yang bernilai RM200,090 . di ikuti pula ketiga termahal adalah no plat JJJ 1, RM120,000..TAX 1 sebanyak RM 165,000 dan TAY 8 sebanyak RM62,000





NOMBOR TEMPAT PERTAMA TERMAHAL


NOMBOR TEMPAT KEDUA TERMAHAL


NOMBOR TEMPAT KETIGA TERMAHAL


Apa yang pasti ada yang sanggup membida dengan menempah nombor pendaftaran sehingga harga ribu-ribu Kat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pemilik boleh mendapatkan nombor yang dihajati melalui proses tender, belian terus, melalui skrin atau melalui nombor-nombor yang tidak dituntut.

Mari lihat bentuk nombor Plat kenderaan Malaysia...

Nombor Plat kenderaan Rasmi Sultan dan VVIP
Kalau Kenderaan Rasmi Sultan-Sultan memang tak ade nombor.... begitu juga kenderaan Rasmi Perdana Menteri... V.V.I.P terkecuali lah.... Sapa berani tegur...



Nombor Plat kenderaan Artis & Aktres Popular..
Artis pun dah pakai Nombor cantik-cantik ... Jangan tak percaya ada aktres beli plat nombor kereta lebih RM 50,000... jangan tak cayani.. bukan Gosip ye.. skrg bleh pakai private number..mcm MAF14 bleh jd MAFIA..tp harge tender paham2 je la.. Menurut Gosip MAF14 azhar sulaiman punya ...dah banyak bertukar tangan



Nombor Pendaftaran Kontroversi
Ada gak yang ambik nombor Pendaftaran yang Sensore, bikin gempakTak Sanggup Nak Labur Duit Semata-mata beli nombor plate ni



Nombor Pendaftaran yang kami anggap istimewa
nombor paling mahal ialah 1,7,8,9 ..mau puluh ribu gak..klu single..perrgghh..leh beli rumah kos rendah pun aderr..tu beli huruf/abjad lagi...


Yang ni Nombor single hanya letak kat motor EX5 aje... Cehhh


Nombor plete lebih mahal dari harga keta.ni antara nombor plate pelik2 dan menarik




Nombor Pendaftaran Singkatan Nama



Nombor pendaftaran yang bagi kami sangat unik sekali ...


penah nampak honda CRV color black,tinted itam pekat....Menurut Gosip nye...DATOK Wira no plat no plat MAT1...MAR 1 sampai 10 tu Mohd Ali Rustam punya. menteri besar melaka. banyak duit diaaa....WAJ 4 pernah nampak kat ptrajaya kot.



Apa macam? Ada berani mau angkat nombor nih? Mahal nih beb



Aku lebih rela beli makanan daripada beli no plat kereta beribu-ribu. ..kalau semua pakai nombor mahal saper nak pakai nombor murah...



Meh Tengok Nombor Plat Negeri mana yang kat bawah ni ? Ade ke...



Memang cantek no plat diorg...tp lau aku mmg membazir la nk bli no plat mahal2...pkai jer pe yg ada...

Hendak dapat nombor plat unik macam ni Kena buat bidaan sampai berpuluh-puluh ribu .Kereta dah la mahal,no plat pun mahal jugak! Dasat-dasat. Rasanya semua paham kot kenapa mereka yang terlibat dengan dunia perniagaan ni seperti mempamerkan kemewahan yang mereka punyai? Satu nak pikat dan memberikankan keyakinan kepada mereka yang bakal menyertai perniagaan tersebut.Pastu nak buktikan yang perniagaan yang mereka jalankan itu betul-betul mampu memberikan pulangan lumayan!



AMARAN OLEH JPJ ...

Nombor Plat bukan tujuan fancy atau kelihatan cantik?.

Mengikut Kaedah 6 di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959 - 'Nombor pendaftaran yang diberikan kepada kenderaan bermotor dalam kaedah-kaedah ini pada sepanjang masa, dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat atau pada permulaan segi empat tidak pecah membentuk sebahagian kenderaan dan hendaklah mematuhi perkataan dan nombor dan sebaliknya dengan peruntukan-peruntukan yang mesti dipatuhi di mana plat nombor pendaftaran boleh dibina daripada besi berbentuk besi tekanan, plastik atau bahan-bahan lain yang sesuai yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan mempunyai huruf dan nombor yang menaik atau timbul'.Pihak JPJ sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dan mempelbagaikan tumpuan dan sasaran dalam mengatur perancangan operasi di seluruh negara, termasuk juga berkenaan penguatkuasaan terhadap nombor pendaftaran.

Postingan terkait: