Urusan Mak ayah di hospital adalah tanggungjawab anak, bukan pada jururawat



(1) bila mak masuk wad, salah sorang anak kenalah teman. Kalau boleh sepanjang masa. Minta pass kat jururawat. Bila duduk ward pula, suapkan mak makan, tolong bancuhkan teh, kalau mak pergi tandas tolong teman, kalau mak tak boleh pergi tandas, tolong tukar pampers mak bila dah kotor.....meeeeesti jururawat pun layan mesra, sebab terharu nampak ANAK SOLEH.

So, bila dah temankan mak sepanjang masa, bolehlah nampak doktor mana yg boleh jumpa untuk TANYA keadaan mak, sakit apa, ubatnya apa, kesannya apa.

Janganla pulak duduk tepi mak beberapa minit, sibut main phone, ambik gambar misi, ambik gambar doktor tengah cpr orang katil sebelah, selfie dgn mak, lepas tu lari entah ke mana.

(2) kalau tak faham, TANYA. Kalau doktor tu marah sebab tanya, cakap dgn dia, itu hak pesakit nak tanya. Pernah ada pesakit tanya saya, "pesakit berhak tanya ke, doktor?" Jawapannya, "YA. PESAKIT BERHAK BERTANYA." 

(3) bila doktor terangkan, dengar dgn akal, bukan dengar dgn emosi. Dengar betul-betul. Ramai orang yg bila doktor terangkan, baru cakap setengah ayat, dah tanya soalan lain. Mata pun nampak sangat berpinar macam tak dengar. 

(4) kalau ada raaaaamai adik-beradik, datangla ramai2 dengar penerangan doktor pada masa yang sama. Yang dapat hadir, kenalah SAMPAIKAN kepada yang tidak hadir. Fikirlah sikit, kalau ada 10 beradik, tak perlu sampai doktor nak terangkan kepada setiap seorang. Logic ke, kalau pukul 10am anak nombor 1 datang tanya, pukul 12 anak nombor 6 datang tanya, pukul 2pm anak nombor 2&4 pulak datang tanya. 

Memang doktor bertanggungjawab terangkan, tapi doktor pun ada BANYAK tugas lain. Ada pesakit yang lebih tenat, pesakit lain yang perlu penerangan, nak pergi buat pembedahan, nak order ubat sebab pesakit lain nak discharge. Kena ada tolak ansurlah. Bukan mak awak je sakit, mak orang lain pun sakit.
Silap-silap mak doktor tu pun sakit jugak kat rumah, mengharapkan adik-beradik lain tolong jaga sementara doktor tu belum dapat balik. 

(5) cubalah jadi anak soleh. Luangkan masa dengan mak masa mak sihat. Kami semua tahu, kebanyakan anak-anak yang meroyan adalah yang tak ambik tahu pasal mak. Bila sesuatu jadi pada mak, barulah menyesal tak sudah, lepas tu salahkan makhluk lain dalam dunia. Baru nak mengamuk-ngamuk menyumpah-nyumpah orang lain.

(6) tinggalkan nombor telefon yang sah, dan JAWAB telefon bila doktor/jururawat call dari hospital. Mungkin doktor nak buat meeting dengan keluarga, nak bercerita keadaan dan rawatan lanjut. 
Jangan pura-pura takde org call, padahal "ehehehhh..sebenarnya saya tak angkat telefon kalau nombor tu saya tak kenal." Ramai manusia macam ni. RAMAI. 

(7) sebenarnya kannnnnnn....sesiapa yang suka maki hamun, hanya mencerminkan didikan yang orang tu terima daripada mak bapak dia sendiri. Selalunya org yg akhlak baik, kalau dia terasa dianiaya, dia akan ikut laluan yang betul, mengeluarkan kata-kata yang betul, dan boleh menginsafkan sesiapa yang bersalah. 
Kalau dididik dengan akhlak baik, memang jadi baik apa keadaan pun.

Sumber: Dr Maria Kamal


Postingan terkait: