Manshiyat Naser, Bandar Sampah Terbesar di Dunia

Bercerita mengenai masalah sampah, ada sebuah bandar yang terkenal dengan bandar sampah terbesar di dunia.  Ia dinamakan kota sampah kerana setiap pelusuk kotanya dipenuhi sampah.  Bahkan semua penduduk yang tinggal di dalamnya menjadi pengutip sampah!.

Dari segi sejarah, Manshiyat Naser muncul ketika petani mula berhijrah dari Hulu Mesir pada tahun 1940-an.  Penghijrahan ini berlaku kerana kemiskinan dan tanaman yang tidak menjadi.

Terletak di kawasan berbukit di Moqattam, Kaherah, Mesir, kota Manshiyat Naser telah mendapat jolokan nama sebagai kota sampah terbesar di dunia.  Sebagai salah satu bandar dengan peradaban tertinggi di dunia, tentu saja Mesir telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan gelaran ini.

Salah satu usaha pemerintah Mesir adalah mengupah syarikat multinasional untuk membantu menyelesaikan sejumlah besar sampah di bandar.  Tetapi syarikat itu mengundurkan diri dan menyerahkannya kembali kepada penduduk bandar Manshiyat Naser.  Pemerintah Mesir berulang kali mahu menutup bandar itu.  Hasrat ini dibatalkan kerana kepentingan kota itu dalam menjaga kebersihan kota Kaherah, Mesir.

Manshiyat Naser juga mendapat nama panggilan Bandar Sampah kerana ia begitu kotor dan lusuh.  Penduduknya digelar Zabbaleen atau orang sampah.  Bandar ini mempunyai penduduk sekitar 262 ribu orang, masing-masing mempunyai tugas sendiri dalam memproses sampah. 

Pihak lelaki membuat perkhidmatan mengumpul sampah dari rumah ke rumah dengan harga murah.  Setelah sampah dikumpulkan, mereka akan membawa sampah dengan trak atau troli ke bandar Manshiyat Naser.

Kemudian isteri dan anak-anak akan mengambil tugas menyusun sampah yang boleh dikitar semula.  Sisa yang telah dipilih akan dijual ke kilang tempatan yang memerlukan. Sebilangan wanita akan menjadikan sampah sebagai cenderahati atau perhiasan yang mempunyai nilai jual lebih tinggi. Di sinilah kemahiran di perlukan yang menjadi sumber pendapatan mereka.