Perbezaan antara Pandai, Bijak dan Genius

Ramai masyarakat kita masih tidak mengetahui perbezaannya, jadi sila ambil perhatian.


1. Pandai
Seseorang boleh dikatakan pandai jika dia dapat menguasai perkara yang dipelajarinya. Ia biasanya dikaitkan dengan pencapaian akademik seseorang sama ada matematik, kimia, fizik, dan mata pelajaran lain. 

Pandai dapat diperoleh dari proses pembelajaran, walaupun kita memiliki IQ biasa, jika kita belajar bersungguh-sungguh, kita juga akan menjadi pandai.

Orang yang pandai memerlukan proses pembelajaran terlebih dahulu untuk waktu tertentu sehingga mereka memahami apa yang telah mereka pelajari


2. Bijak
Kebijakkan tidak dapat dipelajari dan ia merupakan pengaruh genetik atau keturunan.  Kebijakkan tidak berkaitan dengan pencapaian akademik seseorang, tetapi kemampuan untuk berfikir dengan cemerlang untuk menyelesaikan masalah.

Oleh itu, seseorang yang bijak tidak boleh dikatakan pandai jika dia tidak memenuhi keperluan ilmu, iaitu belajar.  Orang yang pandai dan bijak dapat dilihat perbezaan cara mereka menyelesaikan masalah.

Orang pandai menyelesaikan masalah menggunakan pemahaman dan teori yang telah dipelajari, sementara orang bijak menyelesaikan masalah tanpa melihat teori dan membawa kepada pemikirannya sendiri.


3. Genius
Pasti anda tahu apa itu genius. Genius adalah orang yang mempunyai IQ tinggi. Mereka semulajadi memiliki bakat istimewa dalam bidang apapun tanpa mempelajarinya tapi dalam bentuk khusus.  Contohnya setiap orang yang genius mempunyai bakat khas masing-masing seperti dalam ilmu matematik, kejuruteraan, muzik mahupun seni. 

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai daya kreativiti dan imgainasi yang tinggi kerana memiliki akal pemikiran yang luar biasa. Tetapi genius tidak semestinya pandai jika tidak disertai dengan proses pembelajaran.