China menegaskan bahawa bermain games lebih berbahaya daripada dadah

Ramai kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang mengalami gangguan mental kerana ketagihan games dalam talian.  Ini membuat China bertindak balas terhadap keadaan ini.

Penyedia games dalam talian China memaklumkan bahawa individu di bawah usia 18 tahun hanya dibenarkan bermain games dalam talian selama satu jam pada hari Jumaat, hujung minggu dan cuti sekolah

Menurut BBC, Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Nasional memberitahu agensi berita Xinhua, games dalam talian hanya dibenarkan dari jam 8 hingga 9 malam.

Penyedia games juga diarahkan untuk tidak membenarkan kanak-kanak bermain di luar waktu ini.

Pemeriksaan terhadap syarikat penyedia games akan meningkat untuk memantau apakah mereka mematuhi waktu yang ditentukan.

Peraturan sebelumnya menghadkan jangka masa untuk kanak-kanak hingga 90 minit sehari, meningkat menjadi tiga jam pada musim cuti sekolah.

Langkah itu adalah untuk menangani kebimbangan orang ramai mengenai kesan buruk terhadap kumpulan tersebut.

Awal bulan lalu, media melaporkan bahawa games dalam talian seperti ketagihan terhadap 'dadah'.

Sebuah artikel yang diterbitkan oleh Economic Information Daily mendedahkan bahawa kebanyakan remaja menjadi ketagih dengan permainan video dan memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka.