Membezakan Ais Yang Dibuat Menggunakan Air Paip Atau Air Masak

Benarkah ais yang kita guna untuk minuman benar2 di masak? Berikut adalah cara untuk mengetahui sama ada ais itu dibuat dari air mentah atau air rebus:

Ais dari air mentah kelihatan berwarna putih kerana wujudnya gas terperangkap di dalam ais.  Kebiasaannya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais berbentuk blok.  Ais ini jelas tidak enak dimakan / diminum, terutama jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.

Ais dari air rebus akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air dilepaskan semasa proses mendidih.  Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal.  Sekarang, ais kristal banyak digunakan, berbentuk kubus dan berlubang, berlubang di tengahnya.