Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak



1. Jarang sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, kadar gula dalam darah akan rendah.  Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrien ke otak dan menjadikannya kurang aktif dan tidak berdaya.


2. Makan berlebihan
- Ia akan membebankan saluran darah otak dan mengurangkan kekuatan mental otak.


3. Perokok
- Asap rokok akan menyebabkan sel otak rosak atau terbakar dan boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.


4. Pengambilan gula berlebihan
- Gula yang berlebihan dalam badan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien.  Mengakibatkan perkembangan otak terganggu.


5. Pencemaran udara
- Otak memerlukan oksigen dalam tubuh manusia.  Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan aktiviti otak.


6. Makan berlebihan
- Tidur baik untuk merehatkan otak tetapi waktu tidur yang lama boleh mengakibatkan kematian sel otak kita.


7. Tutup muka semasa tidur
- Tidur sambil menutup muka akan sukar bernafas dan hasilkan banyak karbon dioksida daripada oksigen dan ini akan membawa gangguan pada otak.


8. Membiarkan otak berfungsi semasa kita berada dalam keadaan tidak sihat
- Bekerja semasa anda tidak sihat dapat mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan pada sel otak.


9. Kekurangan berimaginasi
- Berfikir adalah salah satu kaedah terbaik untuk melatih otak kita.  Kekurangan imaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan / aktiviti otak menurun.


10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita lemah.  Oleh itu, perbincangan yang membina dapat meningkatkan keberkesanan kecerdasan otak kita.