Basuh Dulu Baru Minum

Catatan penting: Basuh dahulu tin minuman sebelum diminum.
Kisah benar, ada laporan sebelumnya, mengenai jangkitan / penyakit bakteria akibat kecoa / kotoran tikus pada tin minuman.

Lagi mudah, selalu bawa air paip dalam botol kecil, di mana sahaja ..untuk mencuci, atau bekalan untuk berwuduk ..

INFO PENTING DAN WAJIB BACA!

Ahad lalu Satu Keluarga berjalan-jalan dengan membawa beberapa minuman dalam tin.  Pada hari Isnin, dua ahli keluarganya telah dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Rawatan Rapi.'

Dia meninggal dunia pada hari Rabu.  Hasil autopsi menyimpulkan bahawa dia terkena Leptospirosis.  Kuman ini melekat pada tin minuman yang diminum secara terus tanpa menggunakan gelas atau cawan.  Hasil ujian menunjukkan bahawa mereka telah terkena (dijangkiti) air kencing tikus yang telah kering yang mengandung leptospira.

kami dinasihatkan untuk membilas bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya.  Biasanya tin minuman ini disimpan di gudang dan dihantar terus ke kedai runcit, tanpa dibersihkan.

Satu kajian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman dalam tin lebih banyak tercemar berbanding dengan tandas awam (penuh dengan kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan minuman itu terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke dalam mulut untuk mengelakkan semua jenis penyakit.