Mengenal Lelaki Secara Dekat


1. Lelaki kebanyakkannya memang tidak suka bercakap atau bersembang. Jika sepatah di tanya, sepatah la yang di jawab. Bercakap bila perlu je...bila di ajak sembang biar la anda yang bercerita...lelaki hanya suka mengangguk je...

2. Kalau anda berkata nak pergi jalan-jalan atau shopping dan dia diam seribu bahasa, bermakna dia bermasalah dengan duit. Jadi anda jangan gatal nak beli itu ini.

3. Jika lelaki tengah marah, anda jangan tambah bara lagi dengan melawan cakap. Hanya diam kan dan biar kan sahaja sebab dia akan reda sendiri.

4. Jika lelaki banyak termenung dan menyendiri bermakna dia ada masalah samada tekanan kerja, keluarga atau kewangan. Jika itu berlaku anda tanyalah dengan lemah lembut apa masalah.. dia akan ceritakannya walaupun tak semua....

5. Jika bertengkar dengan dia..lebih baik anda mengalah dan minta maaf je lah walaupun dia salah. Kerana sifat ego lelaki ni tinggi...biarkan saja dengan pendiriannya, nanti lama-lama dia akan sedar yang benda tu salah.

6. Lelaki suka memendam rasa jadi jangan la mengungkit2 perkara lama atau merendahkan kedudukan dia...bila di kumpul begitu lama..ia akan meletop secara automatik...waspada.

7. Lelaki tidak suka diarahkan berkali-kali untuk melakukan kerja, tak kisah la kerja rumah ke, opis ke...bagi dia arahan sekali je sudah memadai dan dia akan buat walaupun makan masa...

8. Sekeras atau seego hati lelaki ni akan cair kalau anda pandai ambil hati dia dan berlembut dalam percakapan...

9. Kalau lelaki selalu kata nak cari perempuan lain maka itu omongan atau usikan sahaja, kerana jika lelaki benar mahukanya dia melakukan senyap2 tanpa berkata kepada anda.

10. Mengapa lelaki seperti itu?  Itulah bukti kekuatan ALLAH.  DIA membuat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan wanita, sehingga ketika bersatu, satu bentuk kekuatan terbentuk kerana mereka saling melengkapi dengan sempurna - pelengkap lengkap.  Segala kekurangan isteri akan ditanggung oleh suami dan semua kekurangan suami akan ditanggung oleh isteri.