Ambil Tahu
Sejarah Terburuk Brazil Piala Dunia
Dalam sejarah piala dunia ini mungkin merupakan pengalaman terburuk bagi pasukan Brazil yang telah menang 5 kali, telah ditewaskan oleh pasukan Jerman dengan gol besar, babak pertama telah menjaringkan 5 - 0, nampaknya ketiadaan Neymar dan Silva telah melumpuhkan pasukan ini.
Pelajarannya jangan mengharapkan seorang atau pemain terpilih untuk bangkitkan permainan pasukan, tema pasukan dari samba telah berubah menjadi sambal, kata peminat pasukan. Sudah tentu bukan sahaja peminat pasukan Brazil tetapi jurulatihnya sendiri tidak mempercayai apa yang berlaku kepada pasukannya.
Ramalan kebanyakan orang adalah bahawa Jerman menghadapi jalan yang sukar untuk menewaskan Brazil kerana dengan sokongan ribuan penyokongnya tetapi sebaliknya berlaku. Thomas Muller juga merupakan penjaring untuk perlawanan ini. Tahniah kepada pasukan Jerman, simpati kepada pasukan Brazil. Keputusan penuh Jerman 7 Brazil 1.