Ambil Tahu
5 Kelebihan Janda Dibandingkan Gadis
Personaliti seorang janda memang tiada tandingan, bahkan lebih daripada seorang gadis sunti. Tidak hairanlah, ramai artis-artis muda mengahwini janda. Hinggakan ada yang beza umur yang begitu jauh.
Ramai diantara mereka bahagia setelah mengahwini seorang janda, walaupun janda itu sudah ada anak.
Berikut adalah 5 kelebihan mengahwini seorang janda berbanding seorang gadis:
1. Hubungan intim lebih memuaskan
Seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang janda tidak perlu banyak mengajar urusan ditempat tidur. Kerana, seorang janda mempunyai lebih banyak pengalaman sehingga dia lebih mampu memuaskan pasangannya di ranjang. Hubungan akan menjadi lebih intim dan terasa lebih memuaskan.
2. Sifat keibuan dan lebih matang
Berapa ramai pasangan yang musnah dalam rumah tangga disebabkan mereka berperangai seperti budak-budak. Justeru itu janda tentu akan lebih berbeza, janda lebih bijak dalam mengatasi pelbagai masalah dengan lebih mudah dan tidak beremosi. Sikap sabar sangat penting dalam rumah tangga tatkala dilanda masalah. Seorang janda mampu mengawal api kemarahan dan mewujudkan suasana yang kondusif.
3. Lebih rajin dan berdikari
Pernah berkahwin dan pernah gagal menjadikan seorang wanita yang berstatus janda ini telah merasai pengalaman pahit dalam hidupnya. Sudah tentu, pengalaman ini tidak dapat dikongsi oleh wanita yang tidak pernah berkahwin. Janda akan lebih berdikari dan bersikap tegas dalam membuat keputusan dan melakukan dalam pelbagai perkara. Ini adalah titik penting yang dicari oleh seorang lelaki ingin memilih pasangan hidup. Ia lebih bermanfaat bagi lelaki dalam melakukan tugasan harian mereka.
4. Bijaksana
Perceraian menjadikan seorang janda lebih berhati-hati. Ini kerana perpisahan yang terjadi mewujudkan sikap bijak dalam dirinya. Dia belajar dari masa lalu dan menjadikannya pengajaran di masa hadapan. Mereka akan lebih bijak dan berfikiran secara waras ketika menghadapi masalah. Sifat ini membuatkan lelaki ingin berkahwin dengan janda. Kerana tidak dapat dinafikan bahawa lelaki memerlukan wanita yang bijak dalam tingkah lakunya.
5. Tidak selalu meminta-minta
Seorang janda tahu beban berat yang ditanggung oleh suaminya, jadi dia kurang meminta-minta. Dia tahu membezakan keperluan dan keinginan. Jadi pasti tidak banyak meminta-minta kerana tidak mahu menyusahkan orang di sekelilingnya, jadi lelaki menyukai sifat ini.