Fakta
Apa Akan Jadi Jika Matahari Terpadam Tiba-Tiba
Matahari adalah pusat sistem suria kita. Terdapat banyak manfaat cahaya matahari kepada bumi dan planet lain. Namun, tahu kah anda apa yang berlaku kepada planet kita jika matahari terpadam dan mati secara tiba-tiba seperti kita menutup suis lampu?.
1. Bumi menjadi gelap sepenuhnya
Perlu diketahui bahawa jika matahari terpadam di ruang angkasa, kita hanya akan menyedarinya 8 minit setelah matahari terpadam, tapi bagaimana kita menyedarinya setelah 8 minit? masa bagi cahaya matahari untuk sampai ke bumi adalah 8 minit 20 saat. Jadi ia juga mengambil masa yang sama untuk matahari hilangkan cahayanya dari bumi. Kemudian bumi telah menjadi sangat gelap sehingga kita tidak dapat membezakan antara siang dan malam.
2. Suhu bumi menurun dan makhluk bumi mula mati
Setelah 1 minggu matahari terpadam, kita menghadapi bencana lain pula, iaitu suhu bumi akan menurun secara mendadak. Sekiranya suhu di Malaysia sekitar 25-36 darjah Celsius, ia akan turun menjadi 0 hingga -17 darjah Celsius. Selain itu, kesan lain juga mempengaruhi tumbuh-tumbuhan yang mulai mati kerana tidak ada cahaya matahari. Begitu juga pada haiwan dan manusia yang kesejukan, kekurangan oksigen dan akhirnya mati.
3. Semua perairan di Bumi mulai membeku
Sejak penurunan suhu hingga 1 bulan, semua perairan di bumi akan membeku dengan suhu sekitar -100 darjah Celsius dan pada akhirnya kita kembali ke zaman ais lagi, tetapi tiada lagi kehidupan
4. Bumi kehilangan orbitnya
Sekarang yang terakhir, kerana tidak ada tenaga graviti dari matahari, semua planet di sistem suria kita kehilangan orbitnya, termasuk bumi. Impaknya ialah berlaku pertembungan antara planet dan akhirnya Bumi hancur ..
Jadi, itu adalah akibat yang paling dahsyat dan membawa maut bagi bumi dan sistem suria jika matahari kehilangan tenaga dan terpadam.