Adakah Haiwan Boleh Bermimpi?

Bolehkah haiwan bermimpi seperti manusia? Tak pasti tetapi beberapa saintis telah membuat penelitian.

Oleh kerana kita tidak dapat melihat mimpi makhluk lain secara langsung, tiada cara untuk mengetahui dengan pasti adakah haiwan bermimpi. Namun, sejak tahun 1950 saintis telah menemukan bukti yang cukup kukuh, walaupun tidak secara langsung, bahawa mamalia dan burung juga boleh bermimpi.

Sebahagian bukti datang dari apa yang kita sebut tidur Rapid Eye Movement, atau tidur REM, yang ditemui pada tahun 1953.  Bagi manusia, tahap tidur ini dikaitkan dengan keadaan mimpi. Semasa tidur REM, biji mata anda akan bergerak-gerak, kurang pergerakan dan terdapat banyak aktiviti elektrik berlaku di dalam otak anda.

Setelah mengenal pasti tidur REM pada manusia, para saintis segera mula mengkaji pada haiwan. Hampir semua mamalia dan burung yang telah dikaji, dari anjing dan kucing hingga platipus, dan bahkan reptilia, para saintis telah meneliti tahap tidur Rapid Eye Movement ini. Pola aktiviti elektrik di dalam otak haiwan semasa peringkat ini serupa dengan manusia.  Jadi, jika pola ini menunjukkan bahawa jika manusia boleh bermimpi, kemungkinan haiwan-haiwan ini juga boleh bermimpi.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa seekor kucing semasa tidur REM, ia seolah-olah berlari, berjalan dan menggigit objek khayalan. Oleh itu, jika bukti itu benar haiwan bermimpi, kita boleh gambarkan tentang apa haiwan itu bermimpi.


Kajian tahun 2001 di jurnal Neuron membandingkan pola otak tikus yang berjalan melalui labirin dan semasa tidur REM. Para saintis menyatakan pola otak tikus tersebut sangat serupa dan menyimpulkan bahawa tikus bermimpi berlari melalui labirin.

Kajian tahun 2015 di jurnal eLife telah di perakui. Ini menunjukkan bahawa ketika tikus makmal diberikan makanan dan kemudian tidur, sel-sel tertentu di otak tikus tersebut seolah-olah memetakan bagaimana mereka mendapat makanan.

Oleh itu, haiwan juga bermimpi dalam konteks sains tetapi masih belum dapat di jelaskan dari segi ilmiah.