Tips bila kenderaan ditengelami air.

Kereta karam akibat banjir?  Pertama, Jangan hidupkan enjin kereta!  Kita tidak tahu bila bencana menimpa.  Ditambah lagi dengan musim banjir ini.

Bala datang tanpa mengira waktu dan kadang-kadang, kita bahkan tidak mempunyai masa untuk menyelamatkan harta benda yang berharga.  Contohnya, kenderaan kegemaran kita dan akhirnya, tenggelam di dalam air.

Jangan risau, ia masih boleh digunakan!  Selepas banjir surut, periksa kereta anda.  Periksa keseluruhan kereta anda yang terkena air. 

PERINGATAN: JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA .... !!!

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen bengkel atau kereta tunda.  Sebabnya utama pemilik kenderaan perlu membayar harga lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana ketika anda cuba menghidupkan enjin kereta, arus elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada box komputer.  Ini kerana masih ada sisa air di dalam peranti, dan jika berlaku, peranti harus diganti.

Kos untuk box komputer adalah sekitar RM1000 hingga RM1500 bergantung pada jenis kereta, kuasa kuda dan pilihan pengguna.

Kerana hal ini juga akan menyebabkan semua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin akan terbakar.  Biasanya sensor tidak mahal tetapi pengesan sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Mari kita ambil contoh, sensor akan mengesan atau mengarahkan minyak ke kotak gear dan apabila tidak berfungsi ia akan menyebabkan pengedaran minyak kotak gear yang tidak rata dan paling lama kotak gear dapat berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.

Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga anggaran sekitar RM 1500 ke RM5000).

Ini adalah salah satu sebab mengapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan tamat apabila kita ubahsuai sistem dalam kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak berfungsi, peralatan  yang berkaitan dengannya akan rosak.

Oleh itu, jangan sekali-kali memberikan kunci kereta anda kepada mekanik atau ejen bengkel sehingga anda memastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik kering sepenuhnya.  Ia tidak akan rosak walaupun terendam di dalam air .... !!!!

Mari kongsi maklumat ini agar berguna untuk semua orang.  InsyaAllah.